Sunday, 21 May 2017

Bingkisan Hati

Assalamualaikum guys...


Today's topic is almost general about hati. Ya,semua manusia punyai hati yang sangat luhur,sangat memerlukan kasih sayang drpd seseorang. Faham kan maksudku disini. Aku menulis kerana aku berasa aku perlu kongsi apa nilai hati seorang wanita terhadap lelaki ajnabi. Nilai hati seorang hiasan dunia yang hanya mengharapkan belas kasih seorang lelaki.Actually takdelah mengharap manapun,tapi itulah wanita. Perlu belaian dan kasih sayang.

Tidak aku nafikan walaupun kasih sayang seorang ayah,adik beradik sudah cukup untuk mengisi ruang hatinya.Tetapi,percayalah jauh di sudut hati,ada satu sudut yang aku sendiri tidak tahu mana letaknya, dan apabila rasa cinta dan kasih sayang itu Allah datangkan kepada hati saat bertemu dia, seorang lelaki yang telah Allah tetapkan dia hanya untuk wanita itu. Firman Allah ada berkata, maksudnya 'Aku jadikan manusia berpasang-pasangan untuk saling mengenali' dan 'Lelaki yang baik hanyalah untuk wanita yang baik,dan sebaliknya'.

Wahai wanita, mahukan lelaki yang baik? Mahukan lelaki yang mampu mencintai engkau atas dasar cintanya kepada Allah? Lihatlah dirimu dahulu wahai mawar nan indah. Adakah kau cukup sempurna untuk melayakkan diri engkau bertakhta dan hanya menumpang sedikit ruang di hatinya untuk kau,sedangkan cintanya kepada agama Allah sangat kuat.

Wahai lelaki, jiwa dan hati wanita sangat lemah. Jangan lukai hatinya saat kau sedang marah. Jangan kau permainkan perasaannya saat dia benar meletakkan kau di satu sudut kecil di hatinya. Mengapa sudut itu sangat kecil?? Hatinya telah dipenuhi dengan rasa cintanya kpd Allah dan Rasulnya. Lelaki, dirimu mempunyai seribu tangggungjawab di dalam hidupmu. Didiklah hatimu mencintai agama, sebelum kau berangan inginkan bidadari syurga yang kau harus merebut sedikit ruang di hatinya. Didiklah dirimu menjadi imam yang mampu membawa isterimu, ibumu , dan anak2 mu melintasi titian siratulmustaqim dan tinggallah di syurga selamanya bersama mereka.

Cinta kerana agama, cinta kerana Allah, cinta kerana akhlaknya seperti akhlak Rasulullah, cinta kerana budi pekertinya. Banyak sebab engkau jatuh cinta. Dan yang paling bahaya, cinta kerana nafsu. Cintaku kerana agamamu yang mampu membawa aku menuju redha Allah. Cintaku kerana cintamu kepada Allah, jika hilang cintamu kepada Allah,maka hilanglah cintaku terhadapmu.

Mencintai seorang lelaki yang sudah lama aku pendam. Cintaku kerana agamanya, cintaku kerana budi pekertinya, cintaku kerana cintanya kepada Allah. Bertahun aku memendam cinta, cintaku bukan kerana rupa, cintaku bukan kerana harta, tetapi cintaku keranaNya. Bila Allah nak terbitkan rasa sayang, rasa cinta, Allah boleh bagi saja. Dan, rasa ini Allah kirimkan bertahun lamanya. Sampai ke saat ini, cintaku kepadanya masih belum padam, cuma suram. Mungkin cintanya kpd Yang Maha Pencipta bukan seindah seperti dulu.

Lama aku taruh hati, tapi aku malu untuk mengakui. Lama aku menunggu, tapi aku tak mampu. Aku tabahkan hati, aku pujuk hati ini untuk mencintai dia,tetapi lama-lama ia menjadi luka. Aku tabahkan hati,berkata sendiri, mungkin cintanya bukan untuk aku,dan cinta aku bukan untuk dia. Ayat-ayat cinta yang pernah bermain di fikiran, menjadi hanya bahan mainan. Allah bantu aku melupakan dia,Allah bantu aku untuk bencikan dia,kerna aku tak mampu menyayangi dia. Aku takut rasa sayang itu kembali wujud jika aku tak bencikan dia. Itu saja yang aku minta,untuk berhenti daripada terus mencintai dia.


Okay dah stop, aku dah sedih ni.. So, guys sorrylah malam ni aku rasa mcm ni, rasa sayuu je pasal cinta ni, Great tak story aku?? huhu... It's late now,so bye!! Assalamualaikum.

xoxo-shazmin

No comments:

Post a Comment